Bantuan kewangan RM700 khas untuk B40: Ini cara semak kelayakan & memohon bantuan ini

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenlkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya di kalangan berpendapatan B40.

Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan yang melibatkan nilai sebanyak RM700 dan RM8,000 kepada mereka yang berkelayakan. Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan skim bantuan kepada rakyat ini:

Manfaat Skim Bantuan

Skim Perlindungan Kesihatan Nasional mySalam adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40.

Ini adalah manfaat-manfaat dari skim mySalam:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal;
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang yang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU yang berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan situasi yang ditetapkan, proses menuntut manfaat mySalam boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di bawah:

Tuntutan Penyakit Kritikal

  1. Pergi ke portal rasmi mySalam di www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  2. Kemudian klik pada ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;
  3. Advertisement
    Advertisement
  4. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  5. Setrusnya log masuk ke portal rasmi mySalam di www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
  6. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  7. Akhir sekali klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan Hospitalisasi

  1. Pergi ke portal rasmi mySalam di www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  2. Kemudian Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’;
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang);
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Untuk membuat semakan kelayakan mySalam dan info lengkap berkenaan mySalam, ia boleh dilihat di portal rasmi mySalam – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *