Sewa rumah RM124/sebulan, ini cara memohon bantuan Rumah PPR Disewa untuk B40

Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa.

Asasnya, Program PPR Disewa pada mulanya diperkenalkan pada Februari 2002 dengan tujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124 sebulan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa: –

Ciri-ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan rumah: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Cara Memohon

Senarai PPR Disewa boleh disemak di portal TEDUH KPKT – DI SINI dan ia akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Dalam masa sama, permohonan PPR Disewa pula boleh dibuat secara dalam talian dengan pergi pada projek PPR yang sedang dibuka dan klik pada ‘MOHON DI SINI’.

Permohonan seterusnya perlu dibuat di Sistem Pengurusan Perumahan Negara – DI SINI.

Maklumat lanjut dan lengkap berkait tentang PPR juga boleh dirujuk di portal TEDUH – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *