Senarai penuh penerima Bantuan Tambahan RM600 pada tahun ini: Penjelasan & cara semak status

Pada setiap tahun, pihak Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.

Bagi Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bantuan Tambahan RM600

Salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu sebuah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 yang berkelayakan.

Jumlah maksimum STR adalah sehingga RM2,500 kepada penerima yang layak berdasarkan ketetapan pendapatan dan bilangan anak.

Pada ketika sama, pihak Kerajaan turut bersetuju untuk memberi STR Tambahan sebanyak RM600 kepada isi rumah yang tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM).

Advertisement
Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Pemberian STR Tambahan akan dibuat secara enam fasa bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023. Akan tetapi, sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran asas STR bagi fasa-fasa seterusnya, ia akan dilaksanakan seperti mana sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun penerima.

Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif –  pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *