Ini cara menuntut Bantuan Kewangan RM8,000 secara ‘one-off’ yang diberikan kepada penerima BKM

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pelbagai pihak, bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Antaranya termasuklah sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Skim Perlindungan Masyarakat mySalam yang melibatkan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM8,000 secara ‘one-off’.

Ini adalah penerangan lanjut berkenaan skim bantuan perlindungan ini.

Bantuan RM8,000 secara ‘one-off’

Bantuan RM8,000 di bawah mySalam ini diperkenlkan sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang layak apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Senarai penyakit kritikal berkenaan boleh dirujuk – DI SINI.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM);
  • Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam, melalui kiriman SMS ke nombor telefon seperti yang dikemaskini untuk program-program yang dinyatakan di atas.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Menuntut

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, tuntutan mySalam (penyakit kritikal) boleh dilaksanakan dengan tatacara berikut:

  • Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  • Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;
  • Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;
  • Log masuk ke portal rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format pdf atau jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Bagi yang ingin membuat semakan kelayakan dan maklumat lengkap berkenaan mySalam, sila rujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *