Permohonan telah dibuka: Ini cara memohon Bantuan Kewangan MAIDAM RM600 – RM2,500
Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada Negeri atau Persekutuan untuk membantu mereka yang memerlukkan.
Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan dari RM600 hingga RM2,500 di bawah Yayasan Pendidikan MAIDAM. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-
Kadar Bantuan
Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara dari Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah sebuah usaha meringankan bebanan para ibu bapa dalam menampung kos keperluan pengajian anak-anak mereka ke pusat pengajian.
Jumlah bantuannya adalah seperti berikut:
- SIJIL
- Dalam Negara: RM600
- Luar Negara: Tiada
- DIPLOMA
- Dalam Negara: RM800
- Luar Negara: RM800
- IJAZAH SARJANA MUDA
- Dalam Negara: RM1,000
- Luar Negara: RM2,000
- SARJANA
- Dalam Negara: RM1,200
- Luar Negara: RM2,500
- PhD
- Dalam Negara: RM1,500
- Luar Negara: Tiada
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran;
- Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka;
- Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian;
- Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/Pra Diploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD);
- Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian;
- Permohonan perlu dihantar dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pendaftaran pengajian;
- Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri;
- Tempoh pengajian tidak kurang dari enam bulan;
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan Bantuan Kewangan ini boleh dilaksanakan secara atas talian di Portal IPT Online Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan ketika membuat permohonan.
Maklumat lengkap dan senarai dokumen boleh diteliti DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dikemukakan DI SINI.