Senarai penerima & cara memohon Bantuan BKK maksimum RM1,000 setiap bulan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

 

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan BKK

BKK atau Bantuan Kanak-Kanak adalah sebuah bantuan kewangan bulanan yang diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan ini bertujuan untuk membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Ia juga berobjektif untuk memelihara dan memperkukuh institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kadar BKK

Kadar minima bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

  • RM200: 6 tahun ke bawah;
  • RM150: 7 tahun hingga 18 tahun;
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/sebulan sekeluarga.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Advertisement
    Advertisement
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon

Seperti mana bantuan-bantuan lain di bawah JKM, permohonan BKK hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Setiap permohonan yang didaftarkan nanti akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *