RM1,000 Mula Dikreditkan Kepada Penerima Bulan Ini (Mac 2025): Maklumat Penuh Bantuan Khas 2025
Musim perayaan adalah waktu yang paling dinanti-nantikan oleh ramai orang, tidak kira sama ada sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Krismas. Ia bukan sahaja masa untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat, tetapi juga peluang untuk berehat dan meraikan detik-detik istimewa. Namun, dalam keseronokan menyambut perayaan, ada beberapa keperluan penting yang tidak boleh diabaikan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang musim ini.
Antara aspek utama yang perlu diberi perhatian adalah perancangan perjalanan, keselamatan kediaman, persiapan makanan serta perlindungan kewangan. Bagi mereka yang merancang untuk pulang ke kampung atau bercuti, persediaan awal seperti pemeriksaan kenderaan dan tempahan tiket lebih awal adalah langkah bijak untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Keselamatan rumah juga tidak boleh dipandang ringan – pastikan pintu dan tingkap berkunci, pasang sistem keselamatan jika perlu, dan maklumkan kepada jiran terdekat jika rumah ditinggalkan dalam tempoh yang lama.
Selain itu, makanan juga menjadi elemen penting dalam setiap perayaan. Penyediaan juadah harus dilakukan dengan baik untuk mengelakkan pembaziran atau masalah kesihatan akibat makanan yang tidak disimpan dengan betul.
Di samping itu, perlindungan kewangan seperti insurans perjalanan, insurans kenderaan dan perlindungan rumah boleh membantu mengurangkan risiko sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Dengan persediaan yang rapi dan kesedaran tentang keperluan yang penting, musim perayaan boleh disambut dengan lebih selesa dan selamat.
Dalam masa sama, terdapat pihak Kerajaan negeri yang memperkenalkan bantuan khas ketika musim perayaan tiba. Ini adalah maklumat lanjutnya.
Bantuan Khas Kewangan 2025
Pada November 2024 lalu, Kerajaan Negeri Kedah telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri berkenaan sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.
Bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta. Kerajaan dalam satu kenyataan Menteri Besarnya berkata pihak negeri menghargai komitmen penjawat awam negeri dalam memastikan setiap dasar dan keputusan kerajaan dilaksanakan dengan cemerlang.
Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat secara dua kali iaitu sebahagiannya akan disalurkan pada Mac 2025, manakala bakinya pada Jun 2025.
Maklumat Tambahan
Selain Kedah, Kerajaan Negeri Selangor turut memberikan Bantuan Khas Kewangan dengan kadar dua bulan gaji. Bantuan ini akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri berkenaan sebagai tanda untuk menghargai komitmen dan usaha yang disumbangkan mereka dalam pembangunan negeri.
“Suka saya mengumumkan BKK yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah tambahan kepada BKK sebelum ini iaitu pada 1 Feb lepas dan Aidilfitri baru-baru ini.
“Ini meliputi pelbagai syarat-syarat telah kita tetapkan dengan satu bulan akan dibayar pada 31 Dis depan dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac tahun hadapan bersempena menyambut Aidilfitri,” kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Di samping itu, Kerajaan Negeri Sembilan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM200. Bantuan itu akan diberikan kepada lebih 48,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.
Berdasarkan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, bantuan yang membabitkan peruntukan hampir RM10 juta itu akan dibayar sebelum Mac atau sambutan Aidilfitri tahun ini.
“Sumbangan RM200 ini membabitkan semua penjawat awam Persekutuan seperti tentera, polis, guru dan agensi lain yang berkhidmat di Negeri Sembilan. Pemberian ini sebagai menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka dalam memberikan kerjasama dengan agensi sedia ada,” katanya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Kerajaan Negeri Pahang turut mengumumkan bantuan sama dengan kadar sebanyak satu bulan setengah gaji kepada para penjawat awam negeri itu. Bantuan khas itu akan dibayar secara kredit terus ke akaun penerima pada 2025 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM33.3 juta.
“Bantuan ini sebagai menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik serta meningkatkan pencapaian pada masa hadapan…Sikap profesionalisme dan saling hormat-menghormati menjadi adunan penting dalam memastikan Pahang kekal maju dan makmur,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.