Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 (BKKA) Akan Dibayar Pada 17 April Ini. Berikut Maklumat Penuhnya

Bantuan kewangan amat penting kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 akan disalurkan tidak lama lagi.

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan kepada mereka yang layak supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Jumlah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023

Seperti yang diumumkan, berikut adalah jumlah bantuan yang akan disalurkan:

  • Sebanyak RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak.
  • Pesara perkhidmatan awam pula akan menerima BKKA sebanyak RM350.
  • Advertisement

Senarai Penerima Tambahan

Bantuan ini turut disalurkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Tujuan Bantuan

BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada maklumat berikut:

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *