Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Januari 2025: Ini Senarai Jawatan dan Cara Memohon
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED W19)
- Taraf Jawatan : Kontrak Projek
- Klasifikasi : Kewangan
- Kumpulan : Pelaksana
- Upah : RM1,353
- Insentif : RM572
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. [ Gaji Permulaan: RM1,353.00 ] atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kirakira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,409.40 ] atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM 1,409.40 ] atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,465.80 ] atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,465.80 ]
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
- Menyediakan dan memproses segala baucer bayaran pembekal di MIROS (KWM dan KWE);
- Menyemak dan memproses pembayaran tuntutan kad kredit korporat;
- Menyemak dan memproses tuntutan perjalanan dan elaun pihak luar;
- Memproses bayaran enumerator;
- Memfailkan baucer bayaran dan mengemaskini kotak fail bagi tujuan pengauditan.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun di laman web rasmi MIROS. Pemohon perlu menyertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
- Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
- Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
- Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
- Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
- Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain.
Dimaklumkan bahawa salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum tidak perlu disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.
Tarikh tutup permohonan pada 15 Januari 2025.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.