Pendapatan Isi Rumah Kurang Dari RM4,000. Ini Cara Mohon Bantuan Kewangan PSUKNS RM500-RM1,000

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan PSUKNS yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Kewangan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Kadar Bantuan

  1. Peringkat Sijil/Matrikulasi: RM500
  2. Peringkat Diploma: RM750
  3. Peringkat Ijazah/Sarjana/PhD: RM1,000

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.
  6. Advertisement
    Advertisement
  7. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:
  • YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau
  • Penghulu;atau
  • Pengerusi MPKK / KRT / Taman.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar N9.Digital digital atau laman web https//www.n9.digital

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *