Bantuan Khas minima RM2,000 akan dikreditkan tak lama lagi: Senarai penerima & tarikh pembayaran

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas minima RM2,000

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM2,000.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada sekitar 4,400 penjawat awam di negeri berkenaan dengan implikasi kewangan kira-kira RM10 juta.

“Pemberian bonus tersebut sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri sepanjang tahun ini dan hasil rundingan kita bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan.

“Maka kita umumkan minimum bonus yang kita berikan adalah RM2,000 atau setengah bulan gaji,” kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada sidang akhbar selepas membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Melaka.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada bulan Februari dan Mac 2024 tahun depan.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri turut memanjangkan kemudahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada kakitangan lantikan kontrak.

“Ia termasuklah lantikan Kontrak Untuk Perkhidmatan (CFS) Jabatan Negeri, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dengan implikasi kewangan hampir RM178,000,” kata Ketua Menteri Melaka.

Sumber: Kosmo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *