Pendapatan Kurang Dari RM2,500. Berikut Cara Memohon Bantuan i-Fitri RM300 Tahun 2023

Bantuan kewangan amat penting kepada mereka yang memerlukan. Telah mengumumkan bahawa bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40.

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.

Jumlah Bantuan i-Fitri

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • RM300 secara one-off

Syarat Kelayakan

  1. Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam
    sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  4. Advertisement
    Advertisement
  5. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  6. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
  7. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
  8. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

Cara Memohon Bantuan

  1. Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan di pautan ini (https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/)

Tarik Tutup Permohonan

Sebelum 31 Mac 2023

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *