RM500 Telah Dikreditkan Hari Ini (15 Januari 2025) Ke Akaun Penerima: Ini Maklumat Bantuan Sara Hidup (BSH)
Dalam usaha memastikan tiada golongan yang ketinggalan, bantuan bulanan kepada individu dan keluarga yang memerlukan telah menjadi salah satu inisiatif penting kerajaan. Bantuan ini bukan sekadar memberi sokongan kewangan, tetapi juga bertujuan meringankan beban hidup harian mereka yang terkesan akibat kesukaran ekonomi, kesihatan, atau faktor lain.
Dalam situasi di mana kos sara hidup terus meningkat, bantuan bulanan menjadi penyelamat untuk golongan rentan dalam meneruskan kehidupan. Golongan sasaran bagi bantuan ini biasanya meliputi keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU), serta mereka yang menghadapi kesulitan akibat kehilangan pekerjaan atau kecemasan tertentu.
Dengan bantuan ini, penerima dapat menggunakan wang tersebut untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, bayaran bil, dan perbelanjaan pendidikan anak-anak. Ia menjadi satu bentuk sokongan penting yang memastikan golongan ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermaruah dan stabil.
Namun, keberkesanan bantuan bulanan ini bergantung kepada sistem penyampaian yang efisien dan menyeluruh. Proses pendaftaran yang mudah, kelayakan yang jelas, serta pemantauan berterusan adalah antara aspek penting untuk memastikan bantuan ini benar-benar sampai kepada mereka yang layak. Di samping itu, wujud keperluan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bantuan yang disediakan, agar tiada individu yang tercicir akibat kekurangan maklumat.
Bantuan bulanan bukan sahaja mencerminkan tanggungjawab sosial kerajaan dan masyarakat, tetapi juga menjadi satu langkah ke arah mengurangkan jurang ketidaksamaan ekonomi.
Oleh itu, salah satu bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan dan ditambahbaik pada tahun ini adalah Bantuan Sara Hidup (BSH). Ini merupakan penjelasan lanjut berkenaan bantuan bulanan BSH.
Bantuan Sara Hidup (BSH)
Bantuan Sara Hidup atau BSH merupakan sebuah bantuan bulanan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV). Bantuan ini datang dengan objektif untuk meringankan beban sara hidup harian para veteran yang memerlukan dan kurang berkemampuan.
Menariknya, di bawah Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar bantuan ini kepada RM500 setiap bulan, berbanding RM300 setiap bulan sebelum ini.
“Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang RM300 pada masa ini.
Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025,” petikan ucapan Belanjawan 2025.
Kriteria Kelayakan Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Tanpa mengira tempoh khidmat.
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Balu yang berkahwin semula tidak layak.
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)
Kepada yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan bulanan ini boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap. Borang boleh diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya.
Bagi memastikan ketelusan dan memudahkan proses permohonan, pemohon hendaklah memberikan maklumat yang tepat, betul serta benar. Dimaklumkan bahawa pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan berkaitan seterusnya perlu dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Permohonan seterusnya akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
Sekiranya permohonan diluluskan, BSH akan berkuatkuasa selama 3 tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan itu akan dinilai semula dalam tempoh 3 tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.
Akan tetapi, veteran boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya enam 6 bulan sebelum tamat tempoh tiga 3 tahun berkenaan.
Maklumat terperinci dan sahih berkenaan bantuan ini boleh disemak di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.