Bantuan kewangan BAP telah mula dikreditkan: Ini syarat-syarat & jumlah bayarannya
Seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Bajet 2022 di Parlimen, pihak kerajaan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Malah, jumlah BAP juga dinaikkan kepada RM150 dari RM100 pada sebelumnya. Bantuan ini diharapkan dapat membantu ibu pada dalam usaha meringankan beban mereka menyediakan persiapan persekolahan anak-anak.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan BAP:
Syarat-syarat Kelayakan
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa;
- Pendapatan kasar bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.
- Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar bulanan.
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pembayaran BAP akan bermula pada 17 Januari 2022 membabitkan murid yang akan memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima.
Manakala, untuk murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pembayaran BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.
Cara Pembayaran
Bantuan ini akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
Pihak sekolah kemudiannya akan menyalurkan bantuan ini ke akaun bank murid yang layak atau secara tunai kepada murid yang tidak mempunyai akaun bank.
Untuk maklumat terperinci berkenaan BAP, ia boleh dilihat – DI SINI.