Pengambilan jawatan kosong di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM): Gaji sehingga RM12,000
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
- PENGURUS PROJEK
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM8,000 – RM12,000
- EKSEKUTIF PENGURUSAN PROJEK
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM7,000 – RM8,000
Syarat-syarat Kelayakan
PENGURUS PROJEK
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Profesional, Pengajian Perniagaan/Pentadbiran/Pengurusan atau setaraf.
Kemahiran yang diperlukan: Pengurusan Projek, Program Transformasi; - Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris;
- Sekurang-kurangnya 3 – 5 tahun pengalaman kerja yang berkaitan dalam pengurusan projek dan program transformasi;
- Sebaik-baiknya Pengurus yang pakar dalam Pengurusan Projek dan mempunyai Sijil PMP.
EKSEKUTIF PENGURUSAN PROJEK
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Profesional dalam Pengajian Perniagaan/Pentadbiran/Pengurusan/Kewangan/Pengurusan Projek;
- Kemahiran yang diperlukan: Pengurusan Projek, Program Transformasi;
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja yang berkaitan dalam pengurusan projek dan program transformasi;
- Sebaik-baiknya Eksekutif yang pakar dalam Pengurusan Projek.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dikemukakan secara atas talian (online) – DI SINI.
Calon dikehendaki mengisi butiran diri, taraf pendidikan dan sebagainya di borang atas talian berkenaan dengan tepat dan benar.
Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.