Bantuan rebat RM500 untuk Keluarga Malaysia: Ini syarat-syarat & cara menebusnya

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, beberapa buah negeri di Malaysia telah dilanda bencana banjir yang mengakibatkan pelbagai kerosakan harga benda.

Prihatin dengan keadaan yang melanda, kerajaan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah memperkenalkan program bantuan yang dikenali sebagai Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan rebat sebanyak RM500 (bukan tunai) bagi membeli peralatan elektrik kegunaan harian.

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Bantuan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna/pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik;
  • Kediaman dimasuki atau ditenggelami air ketika banjir dan tersenarai sebagai Mangsa Bencana;
  • Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM – Suruhanjaya Tenaga.

Cara Memohon

Terdapat dua kaedah utama untuk menebus dan memohon Rebat RM500 ini, iaitu:

Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar

Untuk pembelian di kedai atau pasaraya berdaftar, ia boleh dibuat di mana-mana premis yang berdaftar dengan SEDA untuk program ini. Senarai kedai dan pasaraya terlibat boleh dilihat – DI SINI.

Pembelian secara dalam talian

Bagi pembelian secara atas talian (online), ia boleh dibuat di laman e-dagang seperti  Shopee, Lazada dan PG Mall. Tatacaranya adalah:

Advertisement
Advertisement
  • Langkah 1: Pilih mana-mana platform e-dagang yang tersenarai (Shopee, Lazada atau PG Mall) dan hanya klik pada logo e-dagang pilihan.
  • Langkah 2: Pilih Kedai Berdaftar dalam platform e-dagang dan hubungi/chat bersama pekedai untuk menyemak kelayakan anda. 

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi mengesahkan anda layak menerima rebat ini adalah:

  • Salinan kad pengenalan;
  • Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah; dan
  • Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut):
    • Polis;
    • NADMA;
    • Pegawai Daerah;
    • Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau
    • Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.

Semakan Kelayakan

Dalam masa sama, kelayakan menerima bantuan ini juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat Nombor Akaun Elektrik,

Untuk maklumat lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di portal SEDA atau DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.