BKM Fasa 1 dibayar pada bulan ini: Ini jumlah bayaran & kaedah-kaedah pembayarannya

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan kerajaan bersasar yang diberikan kepada masyarakat Malaysia, bagi mengurangkan kos sara hidup.

Bantuan ini juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini iaitu seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Berkenaan dengan bayaran BKM, ia akan dilaksanakan secara 4 fasa setahun dengan membabitkan jumlah-jumlah tertentu berdasarkan ketetapan setiap kategori.

Jadual pembayaran BKM mengikut bulan boleh dirujuk seperti di bawah:

  • Fasa 1 : Mac 2022
  • Fasa 2 : Jun 2022
  • Fasa 3 : September 2022
  • Fasa 4 : Disember 2022

Jumlah Bayaran

BKM diberikan kepada penerima dari golongan B40 dan M40, merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas/ Tiada Pasangan dan Bujang. Berikut adalah syarat-syarat kelayakannya: –

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
      • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
      • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
      • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Jumlah bayaran BKM bagi setiap ketegori pula adalah seperti mana rajah di bawah: 

Kaedah-kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM akan dilaksanakan dalam beberapa cara mengikut ketetapan semasa permohonan. Ia adalah seperti berikut:

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM;
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat;
  • Tuntutan Tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang berstatus gagal kredit atau tiada akaun bank.

Dimaklumkan juga bahawa permohonan dan kemaskini BKM telah pun ditutup pada 31 Januari lalu.

Pelbagai lagi maklumat yang lengkap dan tepat berkaitan BKM, sila rujuk di portal rasmi BKM atau DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *