Ini Cara Daftar & Mohon Bantuan Sara Diri BHEPUPM Berjumlah RM800 Yang Boleh Dimohon

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Sara Diri Oleh BHEP UPM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Sara Diri yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan Sara Diri BHEP UPM?

Bantuan ini merupakan kemudahan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia (UPM) yang disediakan kepada pelajar-pelajar prasiswazah, pasca siswazah dan pelajar asasi yang berstatus aktif.

Advertisement
Advertisement

Kadar Bantuan Kewangan

  • Meal-Card = RM50-RM100
  • Sara Diri = RM200
  • Yuran = RM500/Semester

*Syarat mesti tiada penaja

Cara Memohon Bantuan

Borang Tabung Kebajikan dan Tabung Pinjaman Pendahuluan boleh didapati /hadir di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Aras Bawah, Bangunan Canselori Putra, 43400 UPM Serdang, Selangor.

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Jika anda layak dan ingin bertanya lebih lanjut, bolehlah menghubungi nombor berikut:

Seksyen Pengurusan Kebajikan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
No. Telefon : +603 9769 6075

Baca Iklan Rasmi

Untuk layak dan berminat, boleh baca iklan rasmi bantuan di pautan berikut: https://hep.upm.edu.my/perkhidmatan_utama/seksyen_pengurusan_kebajikan/bantuan_kebajikan-4419

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *