STR Fasa 1 dah selesai dibayar: Ini pula jumlah, tarikh & penerima Fasa-Fasa STR yang seterusnya

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan setuju memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lebih teliti berkenaan bantuan kewangan ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM).

Ketika membentang Bajet Mini 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang akan disalurkan kepada rakyat.

Akan tetapi, ia kemudiannya dijenamakan semula dan mula dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Baca juga: 

Jumlah & Tarikh STR

Pihak Kerajaan telah bertindak mengawalkan pembayaran STR Fasa 1 pada bulan Januari 2023, berbanding perancangan asalnya pada Mac 2023.

Jumlah bayaran pula adalah sebanyak RM300 bagi penerima isi rumah dan RM100 kepada golongan bujang berkelayakan.

Kaedah pembayaran pula akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun penerima bagi yang mempunyai akaun bank, atau secara penebusan tunai melalui kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Berkenaan dengan jumlah dan tarikh-tarikh pembayaran STR bagi fasa-fasa seterusnya – ia hanya akan dimaklumkan melalui pembentangan Bajet 2o23 oleh Perdana Menteri pada 24 Februari ini.

Perdana Menteri juga ada memaklumkan bahawa Bajet 2023 akan mengandungi banyak berita baik untuk rakyat.

Bagi maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *