Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19. Kelayakan Minima SPM atau Setaraf Dengannya

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Lembaga

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah agensi kerajaan Malaysia ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520).

Ia menjalankan fungsi-fungsi berkaitan dengan industri pembinaan seperti berikut:-memasukkan semula pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Tadbir Gred N19

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji RM1,352.00 – RM2,983.00

Syarat Kelayakan

  • warganegara Malaysia; dan
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau
    SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau
  • Advertisement
    Advertisement
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara Memohon Jawatan

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/curriculum vitae) dan salinan sijil yang diakui sah selewat-lewatnya 24 Januari 2022 ke alamat email daniellie@cidb.gov.my

Calon-calon yang berminat juga wajib mengisi butiran permohonan dengan mengimbas QR Code di bawah:

Pegawai Untuk Dihubungi

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai seperti berikut:

Nama penuh: Puan Danielle Binti Matu
No. tel: 082-445833 ext 308
Emel: danielle@cidb.gov.my

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *