Pelbagai jawatan kosong dibuka di Universiti Malaya (UM): Gaji RM1,205 sehingga RM9,618
Universiti Malaya (UM) kini sedang membuka pelbagai peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan-jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Jawatan Kosong
- PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
- Taraf jawatan: Tetap/Kontrak
- Gaji: RM1,205 – RM2,939
- Kenaikan tahunan: RM80
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
- Taraf jawatan: Tetap/Kontrak
- Gaji: RM2,315 – RM9,618
- Kenaikan tahunan: RM225
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun;
- Calon hendaklah memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda berdasarkan ketetapan khusus jawatan;
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat PMR atau SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan yang melibatkan keselamatan aset dan personel di dalam premis dan persekitaran Universiti Malaya (UM).
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sediada dan seterusnya menyediakan perkhidmatan ICT bersesuaian dengan keperluan semasa organisasi.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan Online UM (DI SINI).
Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri temuduga.