Pendapatan keluarga dalam kategori B40: Ini cara memohon Bantuan Kewangan BKPKK RM3,600
Terdapat pelbagai jenis bantuan dan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuannya adalah bagi membantu mereka yang memerlukan, khusus mereka yang berada atau berasal dari keluarga berkategori B40.
Antara bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah sebuah bantuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Berikut adalah maklumat lanjut, berkenaan BKPKK ini:
Jumlah Bantuan
BKPKK pada asasnya melibatkan bantuan kewangan kepada pelajar Kolej Komuniti untuk dua semester pengajian. Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti adalah selama enam bulan dan pelajar yang layak akan menerima bantuan kewangan RM300/sebulan atau RM1, 800 sepanjang satu semester.
Makanya, bagi dua semester pengajian – ia akan melibatkan jumlah keseluruhan RM3,600.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Dimaklumkan bahawa pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.
Jika pelajar berkenaan tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BKPKK boleh dikemukakan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Untuk maklumat lanjut dan teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di portal rasmi KPM atau DI SINI.