GKP 4.0 Fasa 2 sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan ini: Semak kelulusan sekarang
Seperti mana yang diumumkan di bawah Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah memperkenalkan Geran Khas Prihatin 4.0 atau GKP 4.0.
GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi menyokong aliran tunai perniagaan mereka, di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Kini, GKP 4.0 akan dilaksanakan untuk Fasa 2 dan dijangka akan dibayar pada bulan ini (November 2021).
Kadar Bayaran
Untuk GKP 4.0 Fasa 2, jumlah pembayaran adalah sebanyak RM500 yang dikreditkan kepada:
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus
- Lulus permohonan baharu GKP 4.0
Kaedah Pembayaran
Pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 akan disalurkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
Dalam masa sama, pemohon haruslah memastikan akaun bank persendirian mereka itu sama ada akaun bank simpanan atau semasa yang aktif sahaja.
Sekiranya pemohon gagal mengemukakan maklumat akaun bank seperti yang dikehendaki, proses pembayaran GKP 4.0 akan gagal dan bayaran akan terbatal. Ini kerana, pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan atau semasa yang aktif sahaja.
Semakan GKP 4.0
Kepada mereka yang telah memohon GKP4.0 atau penerima GKP sebelumnya, semakan kelulusan dan jumlah bayaran boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi GKP – DI SINI.
Pengguna hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan di ruang yang disediakan, isi scaptcha dan tekan butang semak.
Bagi maklumat lanjut dan lengkap berkenaan GKP 4.0, ia boleh dirujuk di laman rasmi GKP atau DI SINI.