Bukan hanya BKM: Ini bantuan-bantuan kepada golongan B40 & M40 di bawah Bajet 2022

Seperti yang semua telah sedia maklum, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah pun membentangkan Bajet 2022 di Parlimen pada Jumaat lalu.

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan di bawah Bajet 2022, dan berikut adalah ringkasannya:

1. BKM sehingga RM2,000

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diberikan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang RM5,000 bagi isi rumah dan kurang RM2,500 untuk golongan bujang.

2. Baucar Perlindungan Tenang RM75

Jika sebelum ini Baucar Perlindungan Tenang bernilai RM50, di bawah Bajet 2022 nilai itu ditingkatkan kepada RM75. Boleh KLIK SINI, untuk tahu cara menebusnya.

3. Bantuan RM150 untuk masuk sekolah

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan jumlah Bantuan Awal Persekolahan daripa RM100 kepada RM150 di bawah Bajet 2022.

Advertisement
Advertisement

Bantuan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah dari Darjah Satu hingga Tingkatan 5, dengan had pendapatan kasar ibu bapa/penjaga sebanyak RM3,000.

4. Bantuan RM700 untuk Penjawat Awam

Bagi menghargai usaha penjawat awam, kerajaan menyediakan bantuan kewangan khas kepada mereka yang ber-Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700. Manakala, pesara kerajaa akan menerima bantuan sebanyak RM350.

5. Bantuan kit asas kebersihan diri wanita B40

Melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, kerajaan akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130 ribu remaja wanita golongan B40.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *