Mahasiswa B40 Akan Terima Tablet Percuma Kerajaan. Ini Tarikh Rasmi Pendaftaran Dibuka

Berita gembira buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak di kolej/universiti, ini kerana kerajaan akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sesi pembentangan Bajet 2022.

Ini kerana sepanjang tempoh pandemik, mahasiswa tetap meneruskan pengajian mereka dalam norma yang baharu. Apa yang menyedihkan, bagi pelajar yang kurang mampu, mereka adakalanya perlu meminjam peranti kawan.

Kadangkala terpaksa ke pusat internet di pekan, untuk membuat tugasan pengajian. Malah, kadang-kadang ada juga antara mereka yang tidak dapat hadir ke kuliah online.

Apakah inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia?

Kerajaan ingin memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, maka kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Ia akan membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi. Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan 450 juta ringgit di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kirakira 65 juta ringgit.

Advertisement
Advertisement

Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40.

Bila Tarikh Permohonan Dibuka?

Pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia (Pakej Peranti Pelajar Keluarga Malaysia)  bagi membolehkan mereka memiliki tablet dengan data jalur lebar mudah alih dijangka dibuka pada suku kedua 2022 (2Q22).

Suku kedua tahun 2022 bermakna dalam lingkungan bulan April hingga Jun 2022.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), ia akan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan mudah alih yang terlibat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif itu.

Syarikat Data Jalur Lebar Terlibat

Syarikat yang terlibat adalah Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

 

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *