RM300 Dikreditkan Ke Akaun Bank Penerima Bulan Ini (Disember 2024): Ini Maklumat Lengkap BKPKK

Selepas menamatkan alam persekolahan, ramai pelajar menghadapi cabaran besar untuk menentukan langkah seterusnya. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi menjadi impian kebanyakan pelajar, namun proses ini bukan sahaja memerlukan persiapan mental dan akademik tetapi juga kewangan yang kukuh. Dari yuran pengajian, perbelanjaan harian, hinggalah kepada kos tempat tinggal, semuanya memerlukan perancangan rapi agar perjalanan ini tidak membebankan.

Di sinilah pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan, institusi pendidikan, dan organisasi lain memainkan peranan penting. Bantuan ini datang dalam pelbagai bentuk, seperti biasiswa, pinjaman pendidikan, dan insentif kewangan untuk keluarga berpendapatan rendah.

Contohnya, biasiswa seperti JPA, MARA, dan PTPTN sering menjadi pilihan pelajar untuk menampung kos pengajian mereka. Tambahan pula, program khas seperti bantuan e-tunai, subsidi komputer riba, dan bantuan makanan untuk pelajar turut membantu meringankan beban mereka.

Namun, cabarannya adalah untuk mengetahui bagaimana dan di mana bantuan ini boleh diperoleh. Ramai pelajar dan ibu bapa kurang peka dengan pelbagai skim yang wujud, sedangkan peluang tersebut boleh menjadi penyelamat kewangan mereka. Oleh itu, penting untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan lengkap tentang setiap bantuan yang ditawarkan.

Melanjutkan pelajaran adalah satu pelaburan jangka panjang, bukan sahaja untuk membina masa depan individu tetapi juga menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Dengan adanya bantuan yang sesuai, impian pelajar untuk mengejar kejayaan dalam bidang pilihan mereka dapat direalisasikan. Artikel ini akan meneroka jenis-jenis bantuan yang tersedia dan langkah-langkah untuk memanfaatkannya.

Bantuan Bulanan BKPKK

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau BKPKK adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan.

Melaluinya, pelajar akan menerima ini dengan kadar RM300 setiap bulan selama dua semester pengajian. Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

Akan tetapi, pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti di bawah KPM.

Syarat – Syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM4,849.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan BKPKK, permohonannya boleh dibuat dengan mengisi borang permohonanya yang boleh didapati di Kolej Komuniti masing-masing.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga (Borang BKPKK/B/02-1);
  • Satu (1) Salinan kad pengenalan pelajar;
  • Satu (1) Salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga sah;
  •  Satu (1) Salinan Sijil Kematian / Perceraian ibu dan bapa (Jika Berkaitan);
  • Pengesahan pendapatan: Pendapatan daripada punca penggajian
    • Satu (1) Salinan Slip Gaji; atau
    • Satu (1) Salinan Slip Penyata Pencen; atau
    • Satu (1) Salinan Slip Penyata Pendapatan Tahunan (Borang E).
  • Pendapatan daripada Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja (Tiada Majikan)
    • Satu (1) Salinan Slip Bayaran Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, NGO dan lain-lain (Sekiranya berkaitan); dan
    • Surat Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa / penjaga sah (Borang BKPKK/B/02-2).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dimaklumkan bahawa pelajar layak menerima bantuan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.

Info lebih lengkap dan teliti berkaitan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) sila lihat di Portal Rasmi KPM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *