Bantuan Tunai RM350-RM2500 Yang Akan Dikreditkan Kepada Golongan B40: Senarai Jadual Penerima & Syarat Kelayakan

Pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing telah memperkenalkan banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan. Ini bagi membantu golongan sasar untuk menerima bantuan bagi menampung kehidupan seharian mereka.

Melalui Belanjawan 2024 pula, lebih banyak berita baik untuk kategori B40 dan mereka yang berpendapatan isi rumah RM5,000 & ke bawah.

Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:

9 Juta Rakyat Malaysia Akan Menerima Bantuan Ini

Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa. Dengan penimatan ini, maka peruntukan bantuan tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah, dinaikkan kepada RM10 billion untuk hampir 9 juta rakyat.

Senarai Penerima & jumlah bantuan

  1. Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang
  2. Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
  3. Warga Emas Bujang
  4. Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang

Jumlah bantuan

Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,500 atau kurang

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan 1-2: RM1,500
  • Bilangan anak 3-4: RM2,000
  • Bilangan anak lebih 5: RM2,500

Isi Rumah (Asas) Berpendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan 1-2: RM750
  • Bilangan anak 3-4: RM1,000
  • Bilangan anak lebih 5: RM1,250

Warga Emas Bujang: RM600

Bujang Berpendapatan RM2,500 atau kurang: RM350

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pemberian STR 2024 akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini. Pihak Kerajaan juga meningkatkan peruntukan STR 2024 kepada RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Bayaran pertama STR untuk isi rumah tahun hadapan juga dinaikkan kepada RM500. Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dibuat sebelum Ramadan atau bulan Februari tahun hadapan.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *