Ini Senarai Bantuan Untuk Golongan B40, M40, Belia & Penganggur Dalam Bajet 2022

Berita gembira buat mereka yang memerlukan bantuan kewangan, ini kerana kerajaan telah mengumumkan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sesi pembentangan Bajet 2022 pada hari ini (Jumaat).

Bajet 2022 kali ini bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Bajet 2022 akan menyediakan sejumlah 332.1 bilion ringgit yang
menyaksikan nilai peruntukan tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Berikut merupakan senarai-senarai bantuan untuk golongan B40, M40, Belia dan Penganggur.

1) Bantuan Keluarga Malaysia

Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM). Melalui BKM:

  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan.
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 1,500 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai seorang hingga dua orang dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan.
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 1,000 ringgit kepada isi rumah tiada anak dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan.
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 800 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan RM2,501-RM5,000
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 600 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai seorang hingga dua orang dengan pendapatan RM2,501-RM5,000
  • Bantuan kewangan akan disalurkan sebanyak 400 ringgit kepada isi rumah yang tiada anak dengan pendapatan RM2,501-RM5,000
  • Bantuan tambahan sebanyak RM500 agi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000,
  • Bantuan tambahan sebanya RM350 kepada bujang dengan gaji kurang RM2,500
  • Bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas.

Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak 2,500 ringgit.

2) Bantuan Untuk Pelajar Dari Keluarga B40

Berita gembira untuk pelajar B40 kerana pagi memastikan proses pengajian terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi

3) Skim bantuan kesihatan kepada anak tanggungan

Sebelum ini, MySalam sebagai skim insurans perubatan khas untuk B40 telah membayar tuntutan berkaitan hospitalisasi dan penyakit kritikal sebanyak lebih 180 juta ringgit kepada 125 ribu pesakit.

Bagi tahun hadapan, skim MySalam akan diperluas kepada penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak.

4) Bantuan percuma kit asas kebersihan diri wanita B40

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130 ribu remaja wanita golongan B40.

5) Subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak keluarga B40

Untuk memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, Kerajaan akan mensubsidi 50 peratus atau sehingga 150 ringgit untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40.

Sejumlah 30 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini dan bakal memanfaatkan 188 ribu keluarga B40.

6) Kredit RM150 Untuk Belia

Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

7) Bantuan Bagi Penganggur

Untuk tahun hadapan, kerajaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (atau JaminKerja) akan menjamin penyediaan 600 ribu peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah 4.8 bilion ringgit.

Kepada majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, Kerajaan akan memberikan insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji 1,500 ringgit ke atas.

8) Pelepasan Cukai Untuk Pekerja Termasuk M40

Antara pelepasan cukai yang bakal diberikan adalah:

  • Pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.
  • Meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan meliputi kos khidmat konsultasi pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal dan kaunselor yang berdaftar.
  • Pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada 1,000 kepada 2,000 ringgit sehingga 2023.
  • Pelepasan cukai ke atas yuran sehingga 7,000 ringgit bagi yang mengikuti kursus profesional yang diluluskan antaranya merangkumi bidang perakaunan, kewangan serta yang berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (atau ESG).
  • Sebagai mengiktiraf wanita berkerjaya yang menguruskan anak-anak mereka ketika waktu bekerja, Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 3 ribu ringgit bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.

Cara Memohon

Pelaksanaan dan cara memohon bagi bantuan-bantuan yang disenaraikan akan dikemas kini oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Untuk bertanya secara lebih terperinci boleh menghubungi seperti maklumat berikut:

Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Setia Perdana 5 & 6, Kompleks Setia Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya

ATAU

Email: ukk@epu.gov.my

Nombor: 603 8000 8000

Untuk mereka yang mahu melihat senarai bantuan ini secara terperinci, boleh pergi ke pautan berikut: Ucapan Bajet 2022 (Klik Sini)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *