Dikreditkan Minggu Depan (15 November 2024): Ini Jadual Penuh Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300

Setiap tahun, pelbagai bantuan akan diperkenalkan atau diteruskan bagi menjaga kebajikan rakyat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan serta para veteran tentera yang telah banyak berjasa kepada negara. Bantuan yang disediakan bukan sahaja membantu rakyat menangani cabaran ekonomi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai inisiatif kerajaan telah diperkenalkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat, mengurangkan beban kewangan, dan memastikan semua lapisan rakyat mendapat sokongan yang sewajarnya.

Untuk rakyat umum, bantuan kerajaan sering merangkumi bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), program subsidi barangan asas dan pelbagai skim pembiayaan pendidikan untuk anak-anak. Program ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya bagi mereka yang menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Selain itu, kerajaan turut menyalurkan bantuan dalam bentuk program pembangunan kemahiran dan pekerjaan bagi meningkatkan peluang ekonomi dan menyediakan sokongan kepada golongan belia, ibu tunggal, dan warga emas.

Bagi veteran tentera, kerajaan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan yang khusus sebagai penghargaan atas pengorbanan mereka. Bantuan ini meliputi bantuan kewangan, subsidi perubatan, dan inisiatif untuk meningkatkan kebajikan keluarga mereka.

Melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), pelbagai program disediakan untuk membantu para veteran memulakan kehidupan baru selepas bersara. Antaranya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH) dan berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), terdapat sebuah bantuan bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini diberikan kepada Veteran ATM dan bertujuan untuk meringankan beban sara hidup harian.

Kadar BSH yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 dan diberikan setiap bulan kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonan mereka.

Akan tetapi, di bawah Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan akan menaikkan kadar bantuan ini kepada RM500 bermula pada Januari 2025.

“Kesejahteraan para pesara dan veteran tentera tidak diabaikan. Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang RM300 pada masa ini,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Pemohon hendaklah merupakan Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa;
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi permohonan, ia boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap dan menghantarnya ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Ini kerana, pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

Dalam masa sama, permohonan juga akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Untuk makluman, bagi setiap permohonan yang diluluskan, ia akan berkuatkuasa selama 3 tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat.

Selepas itu, permohonan akan dinilai semula dalam tempoh 3 tahun tersebut bagi memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

Untuk maklumat lebih teliti tentang Bantuan Sara Hidup (BSH), sila teliti di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *