Bantuan Tunai Kerajaan RM200 Sebulan Seorang Bagi Kategori Berikut. Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan dalam bentuk tunai merupakan inisiatif yang sentiasa diteruskan setiap tahun. Ini kerana ia begitu penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan RM200 Sebukan Seorang

Bantuan Latihan Perantis (BLP) akan membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Kadar bantuan adalah sebanyak RM200 sebulan seorang.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  3. Kes-kes seliaan akhlak; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon Bantuan

Untuk maklumat, seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan – bantuan ini hanya terbuka kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan sedia ada sahaja.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada JKM, mereka boleh  mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.

Sekiranya mereka layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Seperti mana bantuan-bantuan lain di bawah JKM, permohonan Geran Pelancaran hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *