Senarai Bantuan Kewangan Aidilfitri RM700-RM1,500 Oleh Kerajaan Negeri. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Bantuan kewangan amat penting kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bantuan Wang sempena Aidilfitri akan disalurkan tidak lama lagi.

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan kepada mereka yang layak supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan. Berita baik untuk mereka yang layak apabila kerajaan mengumumkan tambahan bantuan wang sempena Aidilfitri.

Senarai Bantuan Aidilfitiri Mengikut Negeri 2023

Advertisement

Sebelum ini telah diumumkan bantuan Aidilfitri oleh kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan berbentuk wang sempena Aidilfitri kepada mereka yang berkelayakan. Berikut merupakan senarai negeri yang mengumumkan bantuan kewangan serta jumlahnya:

  1. Bonus Aidilfitri RM700 buat penjawat awam Terengganu
  2. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 kepada penjawat awam Negeri Sembilan
  3. 8,000 penjawat awam Pahang terima Bantuan Khas Aidilfitri 2023 berjumlah RM1,200
  4. Advertisement
  5. Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji atau minima RM1,000
  6. Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri
  7. Penjawat awam Sabah terima RM700 bonus Aidilfitri, pesara RM350
  8. Perak umum bantuan khas raya RM700 kepada penjawat awam negeri
  9. Bantuan Khas Aidilfitri RM1,500 kepada penjawat awam Pulau Pinang
  10. Bantuan Hari Raya Aidilfitri Johor sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam negeri.

Tarikh Bantuan Disalurkan

Tarikh bantuan adalah mengikut negeri ada yang bermula 18 April dan selewat-lewatnya 21 April 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan yang akan disalurkan kepada mereka yang layak menerimanya.

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *