Bantuan minima RM1,000 dikreditkan bulan ini: Berikut senarai semak penerima yang layak

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pada Mac lalu, rakyat Malaysia telah dimaklumkan tentang pemberian Bantuan Khas Kewangan bersempenan Hari Raya Aidilfiti oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan daripada Kerajaan Negeri Selangor, sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan ini akan diberikan kepada para anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri itu, merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, penjawat awam persekutuan di bawah pentadbiran SUK Selangor, Ahli Majlis serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Dalam masa sama, pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Setiausaha MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung, Ketua Komuniti, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor dan Penggerak Belia Selangor pula akan menerima sebulan elaun.

Advertisement
Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Selain itu, pihak Kerajaan Negeri turut bersetuju memberikan bantuan khas sebanyak RM500 kepada penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak, bilal dan guru rakyat.

“Sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan komitmen penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini seperti polis, tentera, guru dan jururawat yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan (gaji pokok), turut akan menerima sebanyak RM200 secara sekali beri,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, petikan dari Berita Harian.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dibuat pada bulan April 2023 dengan selewat-lewatnya pada 21 April ini.

Sumber: Berita Harian.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *