Lebih 16,000 isi rumah terjejas terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000. Ini Maklumat Penuhnya
Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Bantuan Wang Ihsan & Senarai Penerima
Setakat ini 16,167 ketua isi rumah sudah menerima RM1,000 bagi setiap kiraan bagi bantuan wang ihsan (BWI).
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pemberian BWI RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).
Tarikh Bayaran Bantuan
Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan segera sebelum banjir surut dan sebelum mangsa pulang ke rumah masing-masing. Ia akan diberikan kepada mangsa banjir yang berdaftar dan layak saja.
Senarai Bantuan Banjir
Berikut merupakan senarai bantuan yang boleh diterima:
- Sumbangan pembelian barangan keperluan berjumlah RM2,500
- Diskaun baik pulih kenderaan
- Rebat pembelian barangan elektrik RM500
- Bantuan baik pulih rumah bagi kerosakan akibat bencana itu.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi seperti berikut:
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya
T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my