Dikreditkan Ke Akaun Bank Bulan Ini (November 2024): Ini Jadual Penuh Bantuan BKK RM1,000
Di Malaysia, pembahagian pendapatan isi rumah biasanya dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu B40, M40, dan T20. Pengelasan ini digunakan untuk memahami struktur ekonomi masyarakat dan membantu kerajaan dalam merangka dasar dan program yang menyasarkan keperluan golongan tertentu.
Setiap kumpulan ini mencerminkan tahap pendapatan isi rumah serta cabaran unik yang dihadapi oleh mereka. Kumpulan B40 merujuk kepada 40% isi rumah yang berpendapatan terendah di Malaysia. Pendapatan isi rumah bulanan bagi kumpulan ini biasanya berada dalam lingkungan bawah RM4,850, walaupun angka ini boleh berubah mengikut kajian terkini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
M40 pula merujuk kepada 40% isi rumah pertengahan, dengan pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,850 hingga RM10,959. Kumpulan ini mewakili golongan kelas pertengahan yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.
Bagi memastikan mereka terbela, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada dalam bentuk bantuan kewangan, perumahan, geran, subsidi dan sebagainya. Antaranya termasuklah melalui pelbagai bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti:
Bantuan Bulanan BKK
Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah sebuah bantuan dari JKM yang diberikan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Ia juga berobjektif untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut:
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Akan tetapi, di bawah Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan telah bersetuju untuk bantuan ini dinaikkan kepada RM250 daripada RM200 bagi
seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah; RM200 daripada RM150 bagi seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.
Syarat-Syarat Kelayakan BKK
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BKK ini boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan Bantuan Bulanan JKM dengan menghadiri Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Untuk memudahkan urusan, pemohon perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi memastikan bantuan ini benar-benar sampai kepada mereka yang layak, pihak JKM akan menjalankan siasatan untuk setiap permohonan yang dibuat bagi penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk maklumat lebih teliti tentang Bantuan Kanak-Kanak (BKK) , sila teliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.
Selain itu, di bawah Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan juga menaikkan kadar Bantuan Am Persekutuan kepada RM150 berbanding RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan.