Bantuan Khas Kewangan RM3,000 secara ‘one-off’: Ini senarai penerima dan tarikh dikreditkan

Kerajaan sentiasa memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial. Bantuan kerajaan, sama ada dalam bentuk kewangan, subsidi, atau sokongan sosial, menjadi tonggak utama bagi membantu golongan yang memerlukan. Inisiatif ini bukan sahaja membantu individu dan keluarga yang terkesan, malah turut menyokong pemulihan ekonomi secara keseluruhan.

Dalam usaha menangani pelbagai isu seperti kos sara hidup yang meningkat, pendidikan, kesihatan, dan peluang pekerjaan, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai skim bantuan. Contohnya, pemberian subsidi bahan api, program bantuan tunai seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), serta skim sokongan untuk usahawan kecil dan sederhana (PKS). Bantuan-bantuan ini bukan sahaja meringankan beban golongan sasaran, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki taraf hidup.

Namun, masih ada segelintir masyarakat yang kurang jelas tentang kelayakan atau cara untuk memohon bantuan ini. Hal ini menimbulkan persoalan, adakah semua rakyat dapat menikmati manfaat yang disediakan? Selain itu, timbul juga cabaran dalam memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran secara adil dan telus.

Artikel ini akan mengupas pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan kerajaan, manfaatnya kepada rakyat, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan tiada golongan yang tercicir. Dengan maklumat yang tepat, diharap lebih ramai rakyat dapat memanfaatkan bantuan ini untuk kehidupan yang lebih baik.

Bantuan Khas Kewangan

Di Bawah Belanjawan 2025 Sabah, pihak Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji dengan kadar minimum RM3,000.

Bantuan Khas Kewangan ini nanti akan diberikan kepada para penjawat awam negeri berkenaan dengan peruntukan sehingga RM68.48 juta.

“Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini diberikan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah termasuklah yang berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian,” kata Menteri Kewangan negeri, Datuk Masidi Manjun ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat.

Berkenaan dengan tarikh pembayarannya, ia akan mula dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak pada bulan Januari tahun hadapan (2025).

Semakan semula kadar gaji Penjawat Awam Negeri

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Sabah turut akan membuat semakan semula kadar gaji para Penjawat Awam Negeri berkenaan sesuai dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pelarasan gaji Penjawat Awam Persekutuan pada September lalu.

Semakan semula kadar gaji Penjawat Awam Negeri itu bukan sahaja membabitkan mereka yang bersatus tetap, tetapi juga termasuk yang berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian.

“Kerajaan Sabah juga akan melaksanakan pelarasan gaji melalui dua fasa iaitu pada Disember tahun ini dan fasa kedua pada 2026… Pelarasan yang akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM149 juta adalah hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan rakyat termasuk penjawat awam,” katanya.

Selain itu, pihak Kerajaan Negeri turut bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi memberi bantuan kewangan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah secara sepenuh atau separuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

“RM3 juta juga diperuntukkan sebagai bantuan kewangan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri bagi menjalani Program Latihan Dalam Perkhidmatan di dalam dan luar negeri yang berimpak tinggi dan melaksanakan pengukuhan kompetensi secara komprehensif merentasi ke semua skim perkhidmatan,” katanya.

Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri Sabah membentangkan Belanjawan 2025 yang berjumlah RM6.421 bilion untuk tahun 2025 dengan anggaran hasil negeri yang disasar mencapai RM6.445 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *