RM3,000 Dikreditkan Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Penuh Bantuan Khas 2025

Malaysia terus komited dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga dengan menyediakan pelbagai jenis bantuan. Inisiatif-inisiatif ini merangkumi pelbagai golongan masyarakat, termasuk keluarga berpendapatan rendah, golongan belia, warga emas, dan pelajar. Tidak kira sama ada dalam bentuk kewangan, subsidi, atau sokongan pembangunan, bantuan direka untuk meringankan beban rakyat, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Antara jenis bantuan yang sering menjadi perhatian ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  yang memberi bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Selain itu, kerajaan turut menyediakan bantuan pendidikan seperti biasiswa dan subsidi yuran sekolah untuk memastikan akses pendidikan yang lebih mudah dan berkualiti.

Bagi golongan belia, pelbagai program latihan dan subsidi keusahawanan ditawarkan untuk membantu mereka membina kerjaya dan masa depan yang lebih cerah. Bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU), sokongan seperti skim pencen, bantuan perubatan, dan perumahan mampu milik disediakan untuk memastikan kehidupan yang lebih selesa dan bermaruah.

Tambahan pula, dalam usaha memacu ekonomi, kerajaan juga memperkenalkan insentif dan geran untuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS), membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

Selain itu, terdapat juga insentif yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan. Berikut adalah maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan tersebut.

Bantuan Khas Kewangan

Bagi tahun 2025 ini, Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau dengan bayaran minimum RM3,000. Bantuan khas ini akan diberikan kepada semua penjawat awam Sabah, termasuk pekerja berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Bantuan khas ini membabitkan peruntukan sebanyak RM68.48 juta dan aakan dibayar kepada setiap yang layak pada Januari 2025. Untuk makluman, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan ia diberikan secara automatik terus ke akaun penerima yang layak.

“Oleh itu, selain daripada pelarasan gaji, Kerajaan Sabah juga ingin membawa khabar gembira kepada penjawat awam negeri Sabah dengan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000.

“Bayaran bantuan khas kewangan ini yang membabitkan seramai 18,949 orang penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM68.48 juta akan dibayar pada Januari 2025,” kata Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Bantuan Khas Kewangan Negeri-Negeri Lain

Selain Sabah, negeri-negeri lain juga memberikan Bantuan Khas Kewangan. Antaranya adalah Kerajaan Negeri Pahang yang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji kepada para penjawat awam negeri berkenaan. Ia adalah sebagai menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian di masa hadapan.

Kerajaan Negeri Kelantan pula mengumumkan bantuan sama dengan kadar sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam di negeri itu. Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bantuan itu akan disalurkan pada Februari 2025 sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Di samping itu, Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji pula diumumkan di negeri Selangor dan akan dibayar pada 31 Disember 2024 dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac 2025. Ia bagi menghargai komitmen dan usaha yang disumbangkan penjawat awam negeri itu dalam pembangunan negeri.

Bagi para penjawat awam negeri Kedah, mereka akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka. Pembayarannya akan dibuat secara berperingkat, dengan sebahagiannya akan disalurkan pada Mac 2025, manakala bakinya pada Jun 2025.

Tidak ketinggalan Perlis yang memberikan KBantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.

“Sukacita saya mengumumkan, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak,” kata Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli semasa membentangkan Belanjawan Perlis 2025 bertemakan ‘Perlisku Bestari Berkat Lestari’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *