Dikreditkan Ke Akaun Bank Mingggu Ini November 2024: Jadual Penuh Pembayaran BSH RM300

Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan yang disediakan setiap tahun. Bantuan kerajaan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, meningkatkan taraf hidup, dan memastikan golongan yang memerlukan tidak tercicir daripada menikmati hasil kemakmuran negara.

Dari bantuan kewangan langsung kepada golongan berpendapatan rendah hingga sokongan pendidikan dan kesihatan, kerajaan komited menyediakan bantuan yang merangkumi semua lapisan masyarakat.

Salah satu kumpulan yang tidak dilupakan ialah veteran tentera, yang telah berjasa mempertahankan negara. Veteran tentera menghadapi cabaran unik, termasuk kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan selepas bersara dan isu kesihatan yang berpanjangan.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif khusus untuk membantu golongan ini dalam aspek kebajikan, kesihatan, serta sokongan kewangan. Bantuan kepada veteran tentera bukan sahaja menghargai pengorbanan mereka tetapi juga memastikan mereka dan keluarga mereka mendapat sokongan yang diperlukan untuk hidup dengan selesa dan bermaruah.

Ia termasuklah dengan memperkenalkan Bantuan Sara Hidup atau BSH. Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Pihak Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah memperkenalkan sebuah bantuan bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup atau BSH. Bantuan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk untuk meringankan beban sara hidup harian pada veteran tentera yang memerlukan.

Jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM300 dan diberikan setiap bulan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan BSH:

  • Pemohon hendaklah merupakan Veteran ATM:
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa;
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Kadar BSH Ditingkatkan

Di bawah Belanjawan 2025 – pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan kadar BSH kepada RM500 setiap bulan. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat:

“Kesejahteraan para pesara dan veteran tentera tidak diabaikan. Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan ketimbang RM300 pada masa ini,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon BSH

Bagi yang menepati kelayakan yang ditetapkan, permohonan BSH boleh dibuat dengan mengisi Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 secara lengkap. Pemohon juga perlu memastikan setiap maklumat yang diberikan adalah tepat dan sahih.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

Bagi setiap permohonan yang diluluskan, ia akan berkuatkuasa selama 3 tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh 3 tahun tersebut untuk memastikan sama ada Veteran ATM atau penerima BSH itu masih layak diteruskan bayaran atau sebaliknya.

 

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Sara Hidup (BSH), sila teliti di Portal Rasmi JHEV – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *