Permohonan dibuka sehingga akhir tahun 2022: Ini cara memohon Bantuan Kewangan BISTARI RM100

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui Kerajaan Negeri, mahupun Persekutuan. Ia diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan, selain dari usaha memudahkan urusan rakyat di masa hadapan.

Selaras dengan usaha ke arah itu, sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) telah diumumkan dengan jumlah kewangan sebanyak RM100 kepada yang layak.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan inisiatif di bawah Tabung Simpanan Pendidikan Anak Sabah ini:-

Kriteria BISTARI

  • Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah;
  • Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN);
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Advertisement

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan BISTARI boleh dibuat secara atas talian – DI SINI.

Selain itu, permohonan BISTARI juga boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI) dan dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan ke alamat:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tarikh permohonan BISTARI dibuka dari 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Bagi maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini, ia boleh dirujuk melalui Facebook Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, menghubungi 088-369872/ 012-8662419 atau hubungi Pegawai PTPTN.

Hebahan rasmi berkenaan BISTARI, boleh dibaca dan diteliti – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published.