Jawatan Kosong Kerajaan ~ Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM): Gaji RM1,549 – RM5,684

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) kini sedang membuka pengambilan kekosongan jawatan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain. Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan- jawatan yang dibuka: –

Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI (GRED F29)

  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,684

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
    • Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,549.00); atau
    • Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,855.00); atau
    • Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred FA29 : RM1,929.89);
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Membantu melaksana operasi harian Unit Teknologi Maklumat dan Penerbitan. Tugasan termasuk juga pengurusan mesyuarat, teknologi maklumat dan penerbitan. Keupayaan untuk bekerja dengan pihak luar serta kerjasama dalam pasukan adalah kemahiran penting dalam jawatan ini.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan.

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan, resume dan salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: info@bqsm.gov.my

Calon perlulah hanya memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan memberikan maklumat yang benar serta tepat bagi memudahkan urusan permohonan jawatan yang dibuka.

Permohonan dibuka sehingga 08 DISEMBER 2024.

Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh diteliti DI SINI.

Info Tambahan

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) adalah salah satu agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR). Badan berkanun ini ditubuhkan di bawah Akta Parlimen iaitu Akta Juruukur Bahan 1967.

Misinya adalah untuk memupuk perkembangan profesion ukur bahan dan kejuruteraan kos yang bertaraf antarabangsa melalui kawalseliaan dan pembangunan profesion yang berterusan.

Visinya pula adalah untuk menjadi agensi cemerlang yang ulung dalam mengawalselia profesion ukur bahan dan kejuruteraan kos.

Objektif utama LJBM adalah seperti berikut:

  • Agensi Cemerlang: Untuk menjadi agensi cemerlang yang ulung dalam mengawalselia profesion ukur bahan dan kejuruteraan kos;
  • Orang Awam: Untuk melindungi kepentingan orang awam;
  • Melindungi Hak: Untuk melindungi hak dan kepentingan juruukur bahan berdaftar selaras dengan Akta Juruukur Bahan;
  • Lestari: Untuk memastikan profesion ukur bahan sentiasa relevan dan lestari;
  • Merangka Polisi: Untuk terlibat sama dalam merangka polisi kerajaan yang berkaitan dengan profesion;
  • Kualiti: Untuk memastikan pertanggungjawaban dan kualiti perkhidmatan.

 

Piagam Pelanggan LJBM adalah untuk memproses dan meluluskan semua permohonan yang lengkap untuk pendaftaran dengan Lembaga dalam tempoh masa dua bulan daripada tarikh penerimaan sesuatu permohonan oleh Lembaga.

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) turut komited dalam menyediakan kualiti perkhidmatan yang cemerlang untuk melindungi kepentingan orang awam dan hak Juruukur Bahan dan Firma Perunding Ukur Bahan yang berdaftar selaras dengan Akta 1967 Juruukur Bahan (Pindaan 2015) dan Kaedah-Kaedah Juruukur Bahan (Pindaan) 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *