Bantuan Kerajaan RM200 telah dikreditkan semalam (10 Jun 2024): Ini senarai penuh penerima
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan atau diteruskan di bawah Belanjawan 2024.
Ia termasuklah apabila Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan insentif baru di bawah Program Budi Madani. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan berkenaan:-
Program Budi Madani
Pada asasnya Budi Madani adalah usaha Kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) serta syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).
Budi Individu adalah bantuan subsidi tunai yang disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel. Syarat-syarat kelayakan Budi Individu adalah:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah;
- Kriteria Pemilikan Kenderaan:
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia;
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
Akan tetapi, Budi Individu tidak layak bagi perkara berikut;
- Motosikal diesel;
- Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
Berkenaan dengan Budi Agri-Komoditi pula, ia bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan. Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah:
Petani Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
- Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
- Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
- Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
- Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
- Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah;
- Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah;
- Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
Dimaklumkan bahawa pekebun kecil tersusun di bawah FELDA, FELCRA dan RISDA tidak layak untuk bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi kerana Kerajaan akan menyalurkan subsidi diesel dan bantuan lain yang berkaitan terus kepada pihak FELDA, FELCRA dan RISDA.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran Bantuan RM200 Setiap Bulan
Kadar pembayaran Budi Individu dan Budi Agri-Komoditi adalah sebanyak RM200 dan dibayar setiap bulan kepada mereka yang memohon dan diluluskan permohonan mereka. Bagi mereka yang membuat permohonan dan diluluskan permohonannya sebelum 3 Jun 2024, akan menerima bantuan Budi Madani pertama mereka 10 Jun 2024.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, seramai 30,000 permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan Budi Madani secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi yang tidak memiliki akaun bank, tuntutan secara tunai boleh dibuat dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Budi Madani, ia boleh dirujuk terus di Portal Rasminya – DI SINI.