Setiap Isi Rumah Yang Layak Boleh Mohon RM400 Melalui SAVE 4.0. Ini Syarat Kelayakan & Cara Memohon
Majoriti rakyat Malaysia adalah pengguna elektrik di negara ini. Lebih khusus lagi, kebanyakan adalah pengguna atau pemilik bil elektrik di kediaman atau pun selain daripada itu.
Untuk golongan ini, pastinya anda tertanya-tanya jika terdapat sebarang bantuan yang boleh memberita gembira kepada anda. Anda tidak perlu rasa terpinggir, ini kerana pihak kerajaan ada menyediakan bantuan yang bersesuaian untuk anda.
Di bawah adalah penerangan lengkap mengenai bantuan yang layak anda mohon. Sebelum itu, anda perlu tahu syarat-syarat kelayakan bantuan tersebut:
Syarat-Syarat Kelayakan Program SAVE 4.0
Setiap bantuan mempunyai syarat-syarat kelayakan tertentu. Inj bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja yang dapat menerima bantuan tersebut.
Untuk melayakkan anda menerima bantuan ini, anda mestilah:
a) Warganegara Malaysia;
b) Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti
elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy
Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd; dan
c) 1 akaun bil elektrik hanya layak memohon 1 e-rebat bagi setiap
peralatan.
RM400 Melalui Program SAVE 4.0
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah memperkenalkan sebuah program yang memberikan e-Rebat sehingga RM400 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Ini bermaksud jika anda membeli sesuatu barang tersebut, anda akan mendapat diskaun sehingga RM400.
Kenapa Kerajaan Memperkenalkan SAVE 4.0
Setiap bantuan yang diperkenalkan mempunyai misinya tersendiri. Begitu juga, dengan bantuan ini. Ia mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
1) Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga
bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;
2) Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap
tenaga yang akan mengurangkan kos penjanaan tenaga melalui penjimatan tenaga; dan
3) Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah
kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima
Bantuan e-Rebat ini akan memberikan setiap isi rumah yang layak untuk mendapat e-Rebat sehingga RM 400.
RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.
Senarai Kedai/Pasaraya Yang Boleh Anda Tebus Bantuan Ini
Terdapat banyak kedai dan pasaraya yang berdaftar serta melayakkan anda menebus RM400 ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai tersebut, boleh ke laman web berikut: https://save.seda.gov.my/publics/retailer
Terdapat kedai ternama sama ada fizikal atau atas talian. Jika kedai atas talian, pastinya platform seperti Shopee ada di dalam senarai. Jadi, anda tak perlu berasa risau untuk menebus bantuan ini.
Pastikan anda menyemak dengan betul mengenai kedai fizikal agar tidak melakukan kesalahan ketika pergi membuat pembelian. Ini kerana anda akan membazir wang dan tenaga.
Senarai & Jenama Barang Yang Boleh Anda Beli
Anda layak untuk mendapat e-Rebat sekiranya anda membeli peralatan
elektrik cekap tenaga berlabel 4 & 5 bintang.
Maksud label bintang ini adalah bahawa barang tersebut telah diuji dan diiktiraf oleh agensi yang berwibawa sebagai cekap tenaga.
Banyak jenama dan model yang boleh anda pilih berdasarkam laman web SEDA Malaysia.
Sila semak senarai jenama di laman web berikut: https://save.seda.govh.my/publics/product
Cara Untuk Memohon
Cara memohon atau menebus adalah agak mudah. Terdapat dua cara untuk memanfaarkan bantuan ini:
1) Pembelian dan Penebusan di Kedai atau Pasar Raya berdaftar
2) Pembelian secara atas talian
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan juga agak mudah. Pembeli hanya perlu ada no akaun bil elektrik yang sah.
Pastikan nama pemilik bil elektrik itu nama anda atau nama orang yang pergi menebus bantuan ini. Jangan lepaskan peluang ini. Ini kerana bantuan ini menggunakan konsep kuota. Siapa cepat dia dapat.