Bantuan Insentif Khas Aidiladha RM500 Mula Dikreditkan 14 Jun (Hari Ini). Ini Kategori Penerima Bantuan

Sambutan Hari Raya Aidiladha bakal menjelang tidak lama lagi. Umat Islam di Malaysia akan menyambut perayaan ini pada 17 Jun 2024.

Setiap perayaan memerlukan sedikit tambahan perbelanjaan untuk meraikannya bersama keluarga tersayang. Sudah pasti sesetengah individu atau keluarga memerlukan sedikit bantuan kewangan untuk menyambut perayaan ini.

Bantuan Insentif Khas Aidiladha

Melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dimaklumkan bahawa bersempena menjelangnya Hari Raya Aidil Adha, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Insentif Khas kepada asnaf MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Jumlah Bantuan

Setiap bantuan mempunyai jumlah atau kadarnya tersendiri. Untuk Bantuan Insentif Khas, seramai 32,300 orang asnaf akan menerima RM500 yang terdiri daripada kategori asnaf Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab.

Ikuti channel Telegram >>> https://t.me/jawatankerja

Beza Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab

Terdapat empat kategori yang akan menerima insentif khas RM500 ini. Berikut merupakan penjelasan bagi setiap kategori:

1) FAKIR: Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2) MISKIN: Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3) MUALLAF: Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :

Beragama Islam

-Baru memeluk agama Islam
-Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
-Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
-Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.

Bukan beragama Islam

-Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
-Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

4) AL-RIQAB: Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

Jumlah Peruntukan Oleh MAIWL

Bantuan insentif khas ini telah menggunakan peruntukan sebanyak RM16,150,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Belas Juta Satu Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja) oleh MAIWP.

Ia adalah daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan bagi membolehkan para asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang.

Tarikh Bantuan Dikreditkan Kepada Penerima

Bantuan Insentif Khas ini seperti dimaklumkan, akan dikreditkan ke dalam akaun selewat-lewatnya 14 Jun 2024.

Skim Bantuan Lain Yang Disediakan Pihak MAIWP

Pihak MAIWP turut menyediakan bantuan bagi golongan asnaf. Berikut merupakan senarai bantuan yang disediakan:

Pembangunan Asnaf

1) Bantuan Kewangan Bulanan
2) Bantuan Aidilfitri
3) Bantuan Takaful Asnaf
4) Bantuan Perubatan
5) Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
6) Bantuan Perkahwinan
7) Bantuan Ibnu Sabil
8) Bantuan Kecemasan
9) Bantuan Guaman Syarie
10) Bantuan Musibah

Tempat Tinggal

11) Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
12) Bantuan Membina / Membaiki Rumah
13) Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

Pendidikan

14) Bantuan Am Persekolahan
15) Bantuan Am Pelajaran IPT
16) Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan
17) Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara
18) Bantuan Persediaan IPT
19) Bantuan Tuisyen
20) Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
21) Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
22) Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

Berdikari

23) Bantuan Perniagaan
24) Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
25) Bantuan Deposit Van/ Bas Sekolah
26) Bantuan Pertanian
27) Bantuan Membeli Motorsikal Orang Kurang Upaya (OKU)

Pembangunan Ummah

28) Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan
29) Bantuan Ar-Riqab

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat rasmi dan lebih terperinci, anda boleh ke laman web MAIWP: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/skim-bantuan