Bayaran Fasa 2 RM900 Dikreditkan Bulan Ini (Mei 2025): Maklumat Penuh Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat
Dalam menjalani kehidupan seharian, setiap individu tidak terlepas daripada memerlukan barangan dan perkhidmatan asas untuk meneruskan rutin harian. Keperluan harian merangkumi pelbagai aspek daripada makanan, tempat tinggal, pakaian, hinggalah kepada kemudahan pengangkutan dan kesihatan.
Ia bukan sahaja menjadi tunjang kepada kesejahteraan fizikal, tetapi juga mempengaruhi kestabilan emosi dan mental seseorang. Tanpa keperluan asas yang mencukupi, sukar untuk seseorang individu atau keluarga menikmati kehidupan yang selesa dan produktif.
Makanan, misalnya, adalah satu keperluan harian yang paling asas. Ia bukan sekadar soal mengisi perut, tetapi tentang memastikan tubuh mendapat nutrien yang mencukupi bagi membolehkan seseorang menjalani kehidupan dengan sihat dan bertenaga. Namun begitu, dalam keadaan ekonomi yang mencabar, terdapat segelintir rakyat yang masih bergelut untuk menyediakan makanan seimbang setiap hari, terutamanya golongan berpendapatan rendah atau mereka yang tinggal di kawasan terpencil.
Tempat tinggal yang selamat dan selesa juga merupakan keperluan penting. Sebuah kediaman bukan sahaja memberikan perlindungan daripada cuaca dan ancaman luar, malah menjadi ruang peribadi untuk beristirahat, berkeluarga dan membina kehidupan. Sementara itu, pakaian pula menjadi keperluan asas dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran serta tuntutan sosial dan pekerjaan.
Tidak kurang pentingnya ialah akses kepada air bersih, elektrik, dan kemudahan asas lain seperti tandas dan tempat pembuangan sampah. Semua ini membentuk asas kepada gaya hidup yang sihat dan bersih. Tanpa infrastruktur ini, risiko kepada kesihatan dan kesejahteraan individu serta komuniti akan meningkat secara drastik.
Keperluan harian juga merangkumi kemudahan perhubungan dan komunikasi, terutamanya dalam era digital hari ini. Telefon pintar dan sambungan internet bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan bagi membolehkan seseorang bekerja, belajar, mendapatkan maklumat dan berhubung dengan dunia luar.
Bagi memastikan bebanan golongan berpendapatan rendah dapat diringankan dalam usaha menyediakan keperluan harian ini. Terdapat pihak Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan bantuan khusus kepada golongan ini. Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang bantuan berkenaan.
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat 2025
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat adalah sebuah bantuan tunai yang telah diperkenalkan dan diumumkan di bawah Belanjawan 2025 Negeri Sabah. Ia juga merupakan inisiatif pembasmian kemiskinan di negeri berkenaan.
Secara lebih terperinci, objektif utama bantuan ini adalah:
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa; dan
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.
Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin dan miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih dan Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK).
- Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.
Kadar Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat
Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM300 setiap bulan. Pembayarannya pula akan dibuat secara empat fasa dengan kadar RM900 setiap fasa.
- Fasa 1: Januari – Mac (Pakej Hari Raya Aidilfitri) RM900
- Fasa 2: April – Jun (Pakej Hari Kaamatan) RM900
- Fasa 3: Julai – September (Pakej Merdeka) RM 900
- Fasa 4: Oktober – Disember (Pakej Hari Krismas) RM900
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak. Selain itu, pembayaran juga boleh dibuat secara tunai atau bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi permohonan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat, ia boleh dibuat dengan mengemaskini data di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Tatacara permohonan adalah seperti berikut:
- Daftar akaun dan lengkapi maklumat peribadi serta butiran keluarga;
- Maklumat pendaftaran akan direkodkan dalam pangkalan data untuk diproses;
- Bantuan akan diberikan kepada pemohon yang layak.
Untuk semakan kelulusan dan kelayakan pula, ia boleh dibuat di portal SYUKUR Sabah.
Maklumat lebih terperinci serta lengkap berkenaan Sentuhan Kasih Rakyat boleh dilihat dan rujuk di Portal PADANS – DI SINI.



