Perdana Menteri Umum Kemungkinan Bantuan BKM Ditambah Kerana Harga Barang Meningkat. Ini Maklumat Penuhnya
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan BKM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan BKM Fasa 4
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300 (Fasa 4)
- Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 4)
- Bilangan anak 3 ke atas: RM600 (Fasa 4)
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100 (Fasa 4)
- Bilangan anak 1 – 2: RM200 (Fasa 4)
- Bilangan anak 3 ke atas: RM300 (Fasa 4)
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300 (Fasa 4)
- Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 4)
- Bilangan anak 3 ke atas: RM900 (Fasa 4)
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100 (Fasa 4)
- Bilangan anak 1 – 2: RM200 (Fasa 4)
- Bilangan anak 3 ke atas: RM300 (Fasa 4)
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 4)
- Bilangan anak 3 ke atas: RM900 (Fasa 4)
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 4)
- Bilangan anak 3 ke atas: RM300 (Fasa 4)
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Fasa 4: RM150
PM Umum Kemungkinan Bantuan Tambahan
Perdana Menteri, DS Ismail Sabri pada Julai yang lalu pernah mengumumkan bahawa akan ada bantuan tambahan sama pada BKM Fasa 3 atau 4.
“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya dalam ucapannya
Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3 & 4
Bagi pembayaran BKM Fasa 4, bulan yang ditetapkan adalah pada Disember 2022. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh ke pautan rasmi BKM di sini: KLIK SINI