Pengeluaran RM10,000 ‘one-off’ patut sebab dividen tinggi: Tarikh pengumuman dividen KWSP
Bila tibanya tahun 2022 ini, maka antara tumpuan utama masyarakat adalah berkenaan dengan agihan pendapatan atau dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2021.
Berdasarkan laporan media, dividen KWSP dijangka akan lebih tinggi dari sebelumnya iaitu mencecah enam peratus. Ini kerana, ia didorong oleh peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana berkenaan selain prestasi pasaran modal yang positif.
Rentetan dari itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengeluaran RM10,000 wajar dipertimbangkan kerana ia tidak akan menjejaskan simpanan masa depan pencarum serta pelaburan KWSP sendiri.
Katanya, KWSP dan kerajaan wajar membuat pertimbangan secara serius kerana dahulu mereka memberikan alasan pengeluaran RM10,000 ‘one off’ berkenaan akan menjejaskan prestasi dividen pencarum tetapi apa yang kita dapat lihat pelaburan KWSP tidak terjejas pun.
“Saya sendiri menjangkakan kalau pengeluaran kali terakhir ini dibuat, implikasinya hanya antara RM25 ke RM30 bilion saja berbanding aset KWSP yang hampir 1 Trilion dan sudah pasti tidak akan menjejaskan pasaran modal kalau itu yang diuar-uarkan sebelum ini,” Petikan dari Harian Metro
.
Tarikh Pengumuman Dividen
Berkenaan dengan tarikh pengumuman dividen KWSP, ia akan dimaklumkan pada pada awal suku pertama tahun ini. Berdasarkan jawapan KWSP di media sosial rasminya, pengumuman itu dijangka pada pertengahan/penghujung bulan Februari 2022 atau awal Mac 2022.
Jika dilihat pada tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen bagi Tahun Kewangan 2020 pada tarikh 27 Februari 2021.
Dalam masa sama, berikut adalah jumlah dividen KWSP bagi tahun-tahun sebelum ini: –
- Tahun 2015: 6.40% (Simpanan Konvensional)
- Tahun 2016: 5.70% (Simpanan Konvensional)
- Tahun 2017: 6.40% (Simpanan Syariah) dan 6.90% (Simpanan Konvensional)
- Tahun 2018: 5.90% (Simpanan Syariah) dan 6.15% (Simpanan Konvensional)
- Tahun 2019: 5.00% (Simpanan Syariah) dan 5.45% (Simpanan Konvensional)
- Tahun 2020: 4.90% (Simpanan Syariah) dan 5.20% (Simpanan Konvensional)
Untuk pelbagai lagi maklumat terkini dari KWSP, boleh dibaca – DI SINI.