Tarikh Tutup Pada 30 Ogos Ini. Berikut Cara Semakan & Kemaskini Maklumat Penerima BKM Fasa 3

Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah BKM Fasa 3 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program BKM Fasa 3 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Maklumat Penting

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa ke 3 akan mula disalurkan pada bulan September 2022 nanti. Pihak Kerajaan telah membuka semula skrin untuk kemaskini maklumat penerima BKM bagi tujuan memudahkan proses pembayaran pada Fasa 3 bulan hadapan.

Advertisement
Advertisement

Cara Kemaskini Maklumat

Khas Kepada penerima bantuan BKM, anda boleh membuat kemaskini semula maklumat sekiranya terdapat perubahan atau penambahan maklumat seperti berkenaan gaji semasa, bilangan tanggungan anak dan maklumat seperti nombor telefon serta nombor akaun bank.

Untuk makluman kepada umum, kemaskini maklumat BKM telah dibuka bermula 10 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Anda boleh membuat pengemaskinian data maklumat anda dengan mudah secara online (atas talian).

Sila layari portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia dan log masuk akaun anda dan tekan pada bahagian kemaskini di pautan rasmi Bantuan Keluarga Malaysia: https://bkm.hasil.gov.my/

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *