Individu Yang Berkelayakan Boleh Mohon Bantuan One-Off Maksimum RM2,700. Ini Cara Memohon
Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Geran Pelancaran yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Geran Pelancaran yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Jumlah Bantuan
Maksimum RM2,700 sekaligus (one-off)
Syarat Kelayakan Khusus
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Memohon Geran Pelancaran
Bagi mereka yang layak dan ingin memohon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat permohonan:
Pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.
Selain itu, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan (KLIK SINI). Jangan lupa untuk membawa dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
ATAU
Untuk cara lebih mudah, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal: eBantuanJKM. Selepas itu, pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian.
Kegagalan berbuat demikian akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Untuk maklumat skim bantuan ini secara rasmi, boleh dirujuk DI SINI.