Bantuan Tunai RM900 akan dikreditkan kepada penerima B40: Ini senarai penuh penerima

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Antaranya adalah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Tunai RM900

Seperti mana semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dibuat kepada yang layak dengan kadar tertentu berdasarkan tangga pendapatan.

Pembayaran STR Fasa 3 contohnya telah selesai dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 4 pula akan dilaksanakan selepas ini.

Bagi kategori Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah kadar kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:

Bilangan anak 0: RM200
Bilangan anak 1 – 2: RM600
Bilangan anak 3 – 4: RM900
Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran bagi kategori-kategori lain pula adalah seperti di bawah:

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Pembayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 4 dijadualkan pada bulan November 2023. Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Kerajaan.

Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima. Untuk mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *