PERDA buka pengambilan banyak jawatan kosong terkini: Gaji sehingga RM1,800/sebulan
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kini sedang membuka pelbagai peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
- PENOLONG JURUTERA (AWAM) – GRED JA29
- Kadar upah: RM1,800
- Kekosongan: 2
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN – GRED JA29
- Kadar upah: RM1,800
- Kekosongan: 1
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED FA29
- Kadar upah: RM1,800
- Kekosongan: 1
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
- Kadar upah: RM1,800
- Kekosongan: 5
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
- Kadar upah: RM1,600
- Kekosongan: 4
- PEMBANTU LADANG – GRED G19
- Kadar upah: RM1,600
- Kekosongan: 1
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
- Keutamaan kepada anak kelahiran negeri Pulau Pinang atau bermastautin di Pulau Pinang;
- Memiliki kelayakan dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut syarat ketetapan setiap jawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Perjawatan PERDA (DI SINI).
Hanya calon-calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan, ia hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 FEBRUARI 2022 (ISNIN).
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.