STR Fasa Akhir dikreditkan bulan ini (November 2024): Jadual pembayaran untuk semua penerima
Dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi semasa, kerajaan sentiasa proaktif menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Inisiatif bantuan kerajaan ini merangkumi sokongan kewangan, subsidi, dan program latihan yang direka khas untuk membantu golongan yang memerlukan, terutama golongan B40 dan M40.
Menerusi langkah ini, kerajaan komited memastikan kebajikan rakyat terus terbela serta mengurangkan jurang sosioekonomi di antara golongan yang berbeza.
Setiap tahun, kerajaan memperuntukkan bajet yang besar bagi pelbagai program bantuan yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat – daripada bantuan pelajar sekolah hingga bantuan untuk golongan warga emas. Antaranya termasuklah bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), subsidi bahan api, bantuan makanan asas, dan pelbagai program latihan kemahiran yang disediakan untuk membantu individu mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Kesemua ini direka bukan sahaja untuk meringankan bebanan kos sara hidup tetapi juga untuk memastikan rakyat mempunyai sokongan yang kukuh dalam pelbagai aspek kehidupan.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Kriteria kelayakan STR bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
STR Fasa Akhir
Bagi tahun 2024, STR Fasa 4 atau Fasa Akhir-nya akan mula dibayar kepada setiap penerima mulai 07 November 2024 secara beperingkat. Jumlah pembayaran pula adalah seperti di bawah:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM350
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM700
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
- Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM100
- Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 4: RM150
Bagi yang mempunyai akaun bank, pembayaran STR akan dibuat secara kredit terus ke akaun. Manakala, bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Semakan Status STR 2024
Untuk yang ingin melihat status kelulusan STR 2024, semakan boleh dibuat dengan cara-cara berikut:
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.
Selain itu, semakan juga boleh dibuat secara dalam talian dengan tatacara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Jika semakan menunjukkan status “tidak diluluskan”, maklumat alasan tidak lulus akan dinyatakan di sistem berkenaan. Pemohon kemudian boleh membuat permohonan rayuan berdasarkan alasan tidak lulus.
Untuk maklumat lebih teliti tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, sila teliti di Portal Rasminya – DI SINI.